Virus info

Antivirus Rescue Disk




Semakin tinggi teknologi antivirus, maka semakin tinggi juga pencipta-pencipta virus untuk terus mengganas. Setiap inci ruang yang terdapat pada komputer akan digunakan sebaiknya oleh virus. Dalam kategori serangan terdapat pelbagai jenis definisi antaranya virus, trojan, malware dan data yang diragui kesahihannya.

Pada sesetengah antivirus, ada kalanya ia tidak dapat membuang sepenuhnya virus-virus tersebut. Akibatnya kepada komputer anda sudah tentu menggangu perjalanan sistem sehingga menyebabkan kerosakan. Jalan terakhir menggunakan Antivirus Rescue Disk
Membuang virus menggunakan Antivirus Rescue Disk.


Antivirus Rescue Disk adalah jalan terakhir kepada masalah virus pada komputer. Ia tidak menggunakan sistem operasi secara terus tetapi hanya menggunakan boot CD. Komputer anda akan menjalankan sistem menggunakan boot CD ini sahaja tanpa Windows. Selain menjimatkan masa dan ruang, Rescue Disk dapat mengesan virus dengan lebih terperinci dalam keadaan virus yang tidak aktif. Ini kerana virus biasa aktif jika sistem operasi seperti Windows berjalan.
Secara ringkas, komputer anda akan scan virus hanya menggunakan CD sahaja!

Kaedah ini biasa dilakukan pada komputer yang dijangkiti virus atau malware yang tidak dapat dibuang pada sistem normal atau safe mode. Contohnya malware dari kumpulan Sality seperti Sality-AM, Sality-D (Sophos). Malware Sality akan menyebabkan safe mode, task manager dan regedit registry tidak berfungsi.

Jika anda diserang virus ini, antivirus pada komputer secara automatik tidak akan berfungsi dan paling mengejutkan, anda tidak akan dapat membuka sebarang website yang berkaitan antivirus!

Dengan menggunakan Rescue Disk, fungsi-fungsi pada antivirus asal tetap sama. Ia mampu mengesan virus, rename virus dan juga membuang virus-virus tersebut. Paling menarik ianya percuma untuk dimuat turun (download) di internet. Dowload fail format “.iso” dan burn pada CD kemudian run pada komputer. Contoh-contoh antivirus yang mempunyai Rescue Disk adalah:

1. Kaspersky Rescue Disk 10
2. F-Secure Rescue Disk
3. BitDefender Rescue Disk
4. Avira Antivir Rescue Disk
5. AVG Rescue Disk
Selamat mencuba dan saya nantikan hasilnya daripada anda!

Sumber:Blog.Anjungpc.Com



Cara Scan Virus Yang Berkesan (Part 2)
virus ini akan menyebabkan folder asal di dalam pen drive anda akan hilang dan menjadikan folder anda menjadi shortcut. walaupun anda telah setting show hidden folder ini tetap tiada di dalam pen drive anda. virus ini akan menjadikan nama folder anda di dalam pen drive namafolder.ink.

virus ini sangat kuat bagi saya kerana saya telah cuba buang dengan menggunakan antivirus seperti Avast, kaspersky yang berlesen lagi... removal karspersky...avira... namun tidak berjaya... Pada percubaan pertama menggunakan antivirus avast berjaya mengesan virus tersebut. tetapi bila kali kedua saya masukkan pen drive ia gagal mengesan dan membuang virus itu.

penyelesaian :


Cara pertama
-sekiranya anda bawa ke kedai(tidak semua kedai buat mcm ini) pen drive ini akan terus di format dan keadaan pen drive anda kembali pulih tetapi segala maklumat penting anda akan hilang.Anda sendiri pun boleh buat cara ini sekiranya anda rasa maklumat yang ada dalam pen drive anda tidak penting.

cara kedua:
-Anda hanya cari os LINUX dan cucuk pen drive anda dan tidak perlu risau kerana virus itu tidak memberi kesan kepada os LINUX. selepas itu anda backup data anda yang penting dan delete semua file yang bernama .ink. senang kan??? x perlu scan dan buang masa mencari antivirus yang kuat. selepas itu anda perlu format pen drive anda kerana apabila anda cucuk kembali pada window virus itu masih wujud. selepas anda backup menggunakan OS linux(saya menggunakan ubuntu) dan format pen drive.

selamat mencuba.


Cara manual-Pulihkan folder yang telah dihidden disebabkan virus (part3)
Untuk memulihkan folder yang telah dihidden disebabkan virus…first sekali buka command prompt; tekan start menu > run > taip cmd

Untuk memulihkan folder2 dalam drive C/Pendrive: dalam cmd, taip attrib c:*.* /d /s -h -r -s
Untuk memulihkan folder2 dalam drive D; dalam cmd, taip attrib d:*.* /d /s -h -r -s

Untuk mengetahui apakah command2 diatas, dalam cmd, taip help attrib

Selamat Mencuba..