Sunday 4 March 2012

Cara MenambaH Partition Dalam Komputer/Laptop

Ada sedikit panduan untuk dikongsikan bagi pengguna windows terbaru iaitu windows 7 untuk membuat, menambah, mengurangkan partition baru local disk komputer atau laptop. Kebiasaannya perlu menggunakan software untuk membuatnya sedemikian namun kecanggihan windows 7 hanya perlu menggunakan cara tertentu dan tidak perlu lagi menggunakan software tertentu.
Hanya perlu pergi ke My Computer klik kanan dan klik manage, kemudiannya folder keluar seterusnya klik Disk Management dalam list Storage. Sekiranya ada ruang kosong seperti tanda hitam atau dinamakan Unallocated lagi mudah untuk membuat partition baru.

Sekiranya tiada, perlu klik kanan untuk mengenal pasti shrink volume atau extend volume mana-mana local disk yang mempunyai saiz besar terutamanya local C yang lebih terdedah kepada bahaya kehilangan semua data sekiranya berlaku masalah windows tak boleh buka dan hanya diselesaikan melalui format semula.

Jadi local C atau mana-mana local disk yang besar dapat dipindahkan ke partition baru dengan menambah partition local disk baru. Cara atau tips ini untuk mengelakkan masalah kehilangan data dalam local disk yang besar. Caranya membanyakkan local disk atau partition tapi sesetengah laptop/komputer hanya bagi had 3 atau 4 partition sahaja terutamanya netbook yang kecil tu.

Sekiranya ingin mengumpul semula data dalam satu-satu local disk atau ingin membuang partition, cara yang sama boleh digunakan. Cara ini boleh digunakan untuk membuat partition baru, menambah saiz local disk sedia ada atau membuang. Mudah sahaja. Tetapi kena berhati-hati bagi mengelakkan partition untuk sistem windows terdelete.
Selamat mencuba..

Dapatkan Data Yang Telah Hilang Dengan PC Inspector File Recovery

PC Inspector File Recovery adalah sebuah perisian percuma yang bagus untukmendapatkan kembali fail-fail yang telah hilang. Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya. Berikut saya akan terangkan cara-cara menggunakan PC Inspector File Recovery: 1. Buka PC Inspector File Recovery, dan pilih English sebagai bahasa antaramuka.
2. Anda dikehendaki memilih jenis data yang ingin diselamatkan, iaitu:

A. Recover deleted files. Fail yang telah dibuang dekan menekan Delete atau Shift+Delete.
B. Find lost data. Data yang hilang dari partition yang anda format, ataupun disebabkan kerosakan komputer. C. FInd lost drive. Jika partition hilang, ataupun tidak boleh dibuka. Bagi contoh kali ini, kita akan klik pada pilihan nombor dua, iaitu Find lost data. Klik pada ikon tersebut.



4.Dwi-klik pada partition yang yang mengandungi data tersebut. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang sedia ada dalam partition tersebut.

5. Seterusnya, tentukan cluster range yang akan dicari oleh PC Inspector Recovery. Anda boleh biarkan ia dengan nilai yang biasa, dan terus klik pada butang hijau. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang telah hilang. Proses ini akan mengambil masa, tunggu sehingga ianya selesai.

6.Segala data yang dapat dikesan oleh PC Inspector File Recovery akan dipaparkan. Anda boleh pilih mana-mana data yang anda ingin kembalikan, dan klik pada butang save untuk menyimpan data-data tersebut

Muat-turun: PC Inspector File Recovery

Atasi Masalah touchpad tidak berfungsi

touchpad laptop anda tidak berfungsi? mungkin masalah ini tidak berfungsi di sebabkan oleh driver atau kesilapan pengguna yang off atau disable touchpad tanpa di sedari.. mungkin anda belum hadapi masalah ini tetapi tidak mustahil ada akan alami kelak nanti.. jadi anda beruntung membaca artikel ini. masalah ini di alami oleh pelanggan saya iaitu touchpad laptopnya tidak berfungsi.

saya lihat pada driver semua ok dan berfungsi dengan baik. termenung saya memikirkan masalah ini. saya tanya pada pelanggan mengapa ini terjadi?? dia kata kemungkinan disebabkan virus.sebabnya lepas format hari tu semua ok tetapi selepas kena virus touchpad tidak berfungsi. di kepala aku kena format la plak laptop ini. lepas aku buang virus dan check penyakit yang ada virus semua ok selepas buang virus tersebut menggunakan GVR. Namun masalah touchpad masih tidak berfungsi. apa masalahnya kalau anda tahu??

puncanya :-

anda tertekan atau ter disable dengan menekan Fn+F7.

Penyelesaiannya:-

anda perlu tekan kembali Fn+F7.


tahukah anda Key ini merupakan untuk off dan on touchpad pada laptop anda.