Sunday 4 March 2012

Cara MenambaH Partition Dalam Komputer/Laptop

Ada sedikit panduan untuk dikongsikan bagi pengguna windows terbaru iaitu windows 7 untuk membuat, menambah, mengurangkan partition baru local disk komputer atau laptop. Kebiasaannya perlu menggunakan software untuk membuatnya sedemikian namun kecanggihan windows 7 hanya perlu menggunakan cara tertentu dan tidak perlu lagi menggunakan software tertentu.
Hanya perlu pergi ke My Computer klik kanan dan klik manage, kemudiannya folder keluar seterusnya klik Disk Management dalam list Storage. Sekiranya ada ruang kosong seperti tanda hitam atau dinamakan Unallocated lagi mudah untuk membuat partition baru.

Sekiranya tiada, perlu klik kanan untuk mengenal pasti shrink volume atau extend volume mana-mana local disk yang mempunyai saiz besar terutamanya local C yang lebih terdedah kepada bahaya kehilangan semua data sekiranya berlaku masalah windows tak boleh buka dan hanya diselesaikan melalui format semula.

Jadi local C atau mana-mana local disk yang besar dapat dipindahkan ke partition baru dengan menambah partition local disk baru. Cara atau tips ini untuk mengelakkan masalah kehilangan data dalam local disk yang besar. Caranya membanyakkan local disk atau partition tapi sesetengah laptop/komputer hanya bagi had 3 atau 4 partition sahaja terutamanya netbook yang kecil tu.

Sekiranya ingin mengumpul semula data dalam satu-satu local disk atau ingin membuang partition, cara yang sama boleh digunakan. Cara ini boleh digunakan untuk membuat partition baru, menambah saiz local disk sedia ada atau membuang. Mudah sahaja. Tetapi kena berhati-hati bagi mengelakkan partition untuk sistem windows terdelete.
Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment